Malam ne malam jumaat...dah baca yasin??he3.... Selalu malam jumaat kita mesti baca surah yasin kan...kalau kat asrama selalu buat gine...alhamdulillah...
So..malam ne IBS nak share sikit tentang fadlilat surah yasin ne....
Daripada Anas,Rasulullah SAW bersabda : "setiap sesuatu ada hati dan hati Al-Quran adalah Yaasiin" dan sesiapa yg membaca Yaasiin maka Allah SWT tulis baginya sepertimana membaca Al-Quran sepuluh kali...
(HR-Al-tarmizi)
Daripada Abi Hurairah r.a bersabda Rasulullah SAW : "sesiapa yg membaca yaasiin pada waktu malam maka diampunkan keesokannya.Dan sesiapa yg membaca "Haamim Al Dukhan" nescaya akan diampunkan baginya keesokannya". (HR-Ibnu Katsir)
Daripada Abdullah berkata: Rasulullah SAW telah bersabda:"Sesiapa yg membaca Yaasiin waktu malam untuk mendapat keredhaan Allah SWT,maka akan diberi keampunan baginya". (HR-Ibnu Katsir)
Daripada Ma'qil Ibni Yasar berkata : Al Baqarah adalah rangka Al-Quran.Al-Quran diturunkan setiap satu ayat dengan disertakan 80 malaikat dan Ayat Kursi diturunkan khas dari di bawah Arsy Allah yang tersusun di dalam surah Al-Baqarah.dan surah Yaasiin adalah jantung Al-Quran.
Daripada Ma'qil Ibni Yasar berkata : Rasulullah SAW bersabda:"Bacalah Yaasiin atas mereka yg meninggal dunia" (HR-Ibnu Katsir,Abu Daud dan Al Nasa'i)
Sesetengah ulama berkata tentang Yaasiin bahawa antara keistimewaan surah ini ialah apabila dibaca tidak akan ada kesulitan melainkan dimudahkan oleh Allah. Dan adalah bacaannya ketika nazak, maka rahmat Allah dan berkat akan turun dan dipermudahkan baginya rohnya keluar dengan nazaknya. (HR-Ibnu Katsir)
Daripada Ibnu Abbas r.a berkata: Nabi Muhammad SAW bersabda:"Adalah saya suka kalau surah Yaasiin dalam hati setiap insan dari umatku". (Riwayat Bazzar,Ibnu Katsir)
Daripada safuan berkata: adalah alim ulama berkata :"Apabila dibaca Yaasiin ke atas mayat,maka diringankan Allah baginya Sakaratulmaut". (HR-Ahmad dan Ibnu Katsir)
Banyak kan fadhilat kalau kita baca surah yaasiin ne...kalau tak baca tiap2 hari pun atleast dalam seminggu 2 ada baca alhamdulillah...kalau tiap2 hari lg bagus....(peringatan untuk diri sendiri juga=) )
P/S- Copywrite From Amalan surah2 pilihan (Haji Johari Haji Alias)
No comments :
Post a Comment