Anak seorang penzina






Sekadar sebuah cerita dan renungan bersama.............

Suatu petang ada seorang gadis remaja perempuan dtg berjumpa saya tanpa temujanji. Pakaiannya amat sopan,bertudung bulat dan berwajah putih bersih. Dia bertanya berbagai-bagai soalan agama .Saya menjawab sekadar yg sy tahu.
Dia bertanya: Apa hukum anak zina?
Saya menjawab: Anak zina tdk bersalah apa-apa pun,yg salah adalah ibu bapanya , anak zina tidak menanggung apa-apa dosa.
Dia bertanya lg: Apakah hubungan anak zina dgn bapanya?
Sy menjawab: Islam tidak mengiktiraf hubungan darah antara anak zina dgn bapanya,bahkan bapanya itu boleh berkahwin dgn anak zina.
Remaja itu bertanya lg: kalau begitu anak zina bukan muhrim?
Sy menjawab : ya,anak itu tdk boleh mendedahkan auratnya kpd bapa(zina) walaupun didalam rumah tdk boleh bersalaman apatah lg mengucup tangannya…
Tiba-tiba remaja tersebut tunduk dan kemudian menangis semahu-mahunya. Sesiapa yg melihat pasti akan turut menangis bersamanya.
Dengan sedikit kekuatan yg ada,dia mengangkat kepalanya dan berkata: Sayalah adalah anak zina…
Saya cuba tenangkan perasaannya. Adakah kamu pasti?
Dia menjawab: Ya,sy dengar dari sebelah bilik,makcik bertengkar dgn mak dan ayah. Dalam keadaan marah,makcik berkata: Kamu jgn nak tunjuk warak…kaklong(dirinya) adalah anak zina…..apabila sy mendengar kalimah itu,sy rasakan dunia ini gelap gelita. Sy menangis semahu-mahunya. Mengapa ayah dan mak melakukan begini?
Alhamdulillah Allah masih sygkan sy. Sy masih hidup. Sudah kering air mata . sy tidak dapat mengubah sejarah. Ayah dan ibu yg sy kenali adalah seorang yg baik…tdk pernah mengabaikan solat dan puasa,bahkan mereka berdua amat penyayang,ambil berat tentang pendidikan anak-anak. Tapi ini adalah hakikatnya……dia terus menangis dan menangis.. air mata belum dapat mengambarkan luka di hatinya….


Firman Allah : "Janganlah kamu menghampiri zina,sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yg keji dan satu jalan yg jahat" (al-isra':32)

Iktibar : Jangnlah menjadi ibu bapa kepada anak zina. Kasihanilah zuriat dan permata yg Allah beri, janganlah anak yg tidak berdosa menanggung keaiban ibu-bapa mereka. Mereka tidak mahu dilahirkan begitu…oleh itu..jangan hampiri zina….

Notatanganku---> Renungan bersama...untuk diri yg serba kekurangan ini juga,,,

2 comments :

Ain said...

Kesian budak tuh..ni cite betol ke ?

Anasyaurah said...

@Ayeen Azmi
sy copy n write dr artikel... kat artikel 2 dia kta kisah benar..wallahualam..