Sikap seseorang sendiri itu akan terpantul kpd orang lain dan sebaliknya... Jika kita berbuat baik kepada org lain maka org lain pun akan bersikap sebegitu juga dengan kita. Sesiapa yg melakukan kebaikan akan mendapat kebaikan juga....dan siapa yg berbuat baik jiwanya akan menjadi tenang dan tenteram serta hatinya akan menjadi damai...Orang sebegini akan menikmati anugerah hidup dari Allah dalam suasana yg penuh tolak ansur dan harmoni.
Dari keperibadian Rasulullah s.a.w Allah s.w.t berfirman:
"Sebab rahmat dari Allah,maka kamu berlaku lemah-lembut terhadap mereka.Sekiranya kamu bersikap keras lagi berhati kasar,tentulah mereka menjauhkan diri darimu. Kerana itu,maafkanlah mereka ,mohonlah ampunan untuk mereka dan bermusyawarahlah dgn mereka.Apabila kamu telah berbulat tekad,maka bertawakkallah kepada Allah.Sesungguhnya Allah menyukai org-org yg bertawakkal."
(Surah Ali Imran :159)
Orang yang buruk dan bengis penampilannya.maka org lain juga akan melakukan perkara yg sama kepadanya. Setiap org yang tidak menghormati org lain maka dirinya juga tidak akan dihormati oleh org lain juga...
Orang yang baik akhlaknya akan lebih dekat kepada ketenangan dan jauh dari kegelisahan dan kesusahan. Akhlak yang baik merupakan ibadah kpd Allah dan sgt dianjurkan dalam islam.
Rasulullah s.a.w bersabda:
"Sesungguhnya orang yang paling aku cintai dari kamu adalah yang baik akhlaknya ,yg sentiasa merangkul ketika berjalan(menjaga persaudaraan) dan menyenangi dan disebangi. Orang yg paling aku benci dari kamu adalah yang suka mengadu domba,yang memisahkan antara orang yang saling mengasihi dan mencari aib org yang bersih"
Jika kita menjaga hubungan kita sesama saudara,menjaga akhlak kita..insyaAllah kita kan lebih tenang..hati akan menjadi lebih damai... ^_^
No comments :
Post a Comment