Annyeonghi Kaseyo 2011...

~~ASSALAMUALAIKUM~~



Hari ini..detik ini....dalam beberapa jam lg dah berakhir tahun 2011 ne....
esok dah masuk 2012...
kejab je masa berlalu kan...
dulu rasa macam lambat je...
Banyak suka duka yg sya lalui dalam tahun ne....
banyak juga benda yg niat tak buat yg tak niat buat...he3
tahun ini juga tahun praktikal..so..tgal 6 bulan lg...(setahun tau sya praktikal)...he3
dan umur pun semakin meningkat..maksudnya dah semakin tua....dah semakin matang...(matang ke??hopefully more)
Banyak pengajaran yg dapat dalam tahun ne...nak cerita pun tak tau yg mana...apa2 pun...setiap tahun ada suka duka...ada gembira..ada sedih...ada kegagalan..ada kejayaan..(tahun ne macam malas > rajin...he3)
yg bestnya..dapat stay ngan mak n ayah for setahun coz praktikal di sini...tiap2 pg bangun tido sebelum pergi hospital dapat salam...sejuk hati tgok mak n ayah...(ngada ja lebih!!!) n...akhirnya i get a driving licene walaupun nak bawa pun terkedet2.......(nanti sya cita ex)..he3....
Dapat jumpa someone  n lose someone...n i appreciate the losing....ada hikmah di sebalik 2....alhamdulillah....
Setiap kesedihan n kegembiraan dalam tahun ne segalanya Allah yg beri...HE know better right...
Semoga tahun depan yg akan muncul esoknya akan lebih baik dari tahun sebelumnya...muhasabah diri kita dah cuba untuk buat lebih baik pada tahun akan datang...(tahun baru bagi umat islam dah sebulan berlalu...so..niat kita mestilah lebih baik...kan3)..sama la untuk tahun 2012 ini...semoga segalanya akan berjalan dengan lancar...
Banyak juga fenomena2 alam yg berlaku...banjir besar...tsunami...pertengkaran antara rakyat....kebuluran...
apa2 pun..ne semua datang dari Allah...Kita ambillah pengajaran dari apa yg kita lihat ini....=)
okay.....kat cine je..dah lupa lak nak tulis apa lg....

...Semoga menjadi yang lebih baik dan azam tahun yg baru ne tercapai!!yeah...!!
                  and my age will plus by one!!!!


Harga Kosmo naik!!!


Selamat pagi...he3...pg2 dah kaco kan....
saja ja...sementara menunggu mak ciap nak p umah long baca paper....
terbaca r sal harga kosmo...dah naik pulak...hari 2 dah turun kan...sekarang naik balik...dah tukar tahun kan....=)
ne keratan dari kosmo...

Harga Kosmo! naik ke RM1.20, sama seperti harga tahun 2005





KUALA LUMPUR - Harga Kosmo! dan Kosmo! Ahad akan dinaikkan masing-masing kepada RM1.20 dan RM1.30 berkuat kuasa 1 Januari ini.
Sebelum ini Kosmo! dan Kosmo! Ahad dijual pada harga RM1.
Kenaikan harga tersebut tidak dapat dielakkan ekoran peningkatan kos operasi.






Berbeza dengan harga produk lain yang semakin mahal saban tahun, harga baharu Kosmo! dan Kosmo! Ahad itu sebenarnya sama dengan apa yang pembaca bayar pada tahun 2005.
Sewaktu mula diterbitkan pada 31 Ogos 2004, harga pengenalan akhbar kompak terbitan Kumpulan Utusan itu hanya RM1 senaskhah.
Malah, Kosmo! pernah dijual pada harga serendah 80 sen dan Kosmo! Ahad pula hanya RM1 mulai 1 September 2005 sehingga 31 Disember 2006.
Kosmo! ketika ini dicetak hampir 300,000 naskhah setiap hari dengan jumlah pembaca dianggarkan lebih satu juta orang sehari.

he3..apa2 pun...kita kena sokong....xda r byak ngat naik kan...atleast still mampu...
ok..bubye..!!

Malam jumaat ---------> Jangan lupa baca yasin...=)

 Malam ne malam jumaat...dah baca yasin??he3.... Selalu malam jumaat kita mesti baca surah yasin kan...kalau kat asrama selalu buat gine...alhamdulillah...

So..malam ne IBS nak share sikit tentang fadlilat surah yasin ne....




Daripada Anas,Rasulullah SAW bersabda : "setiap sesuatu ada hati dan hati Al-Quran adalah Yaasiin" dan sesiapa yg membaca Yaasiin maka Allah SWT tulis baginya sepertimana membaca Al-Quran sepuluh kali...
(HR-Al-tarmizi)

  Daripada  Abi Hurairah r.a bersabda Rasulullah SAW : "sesiapa yg membaca yaasiin pada waktu malam maka diampunkan keesokannya.Dan sesiapa yg membaca "Haamim Al Dukhan" nescaya akan diampunkan baginya keesokannya".
(HR-Ibnu Katsir)

Daripada Abdullah berkata: Rasulullah SAW telah bersabda:"Sesiapa yg membaca Yaasiin waktu malam untuk mendapat keredhaan Allah SWT,maka akan diberi keampunan baginya".
(HR-Ibnu Katsir) 
          
Daripada Ma'qil Ibni Yasar berkata : Al Baqarah adalah rangka Al-Quran.Al-Quran diturunkan setiap satu ayat dengan disertakan 80 malaikat dan Ayat Kursi diturunkan khas dari di bawah Arsy Allah yang tersusun di dalam surah Al-Baqarah.dan surah Yaasiin adalah jantung Al-Quran.

Daripada Ma'qil Ibni Yasar berkata : Rasulullah SAW bersabda:"Bacalah Yaasiin atas mereka yg meninggal dunia"
(HR-Ibnu Katsir,Abu Daud dan Al Nasa'i)

Sesetengah ulama berkata tentang Yaasiin bahawa antara keistimewaan surah ini ialah apabila dibaca tidak akan ada kesulitan melainkan dimudahkan oleh Allah. Dan adalah bacaannya  ketika nazak, maka rahmat Allah dan berkat akan turun dan dipermudahkan baginya rohnya keluar dengan nazaknya.
(HR-Ibnu Katsir)

Daripada Ibnu Abbas r.a berkata: Nabi Muhammad SAW bersabda:"Adalah saya suka kalau surah Yaasiin dalam hati setiap insan dari umatku".
(Riwayat Bazzar,Ibnu Katsir)

Daripada safuan berkata: adalah alim ulama berkata :"Apabila dibaca Yaasiin ke atas mayat,maka diringankan Allah baginya Sakaratulmaut".
(HR-Ahmad dan Ibnu Katsir)





Banyak kan fadhilat kalau kita baca surah yaasiin ne...kalau tak baca tiap2 hari pun atleast dalam seminggu 2 ada baca alhamdulillah...kalau tiap2 hari lg bagus....(peringatan untuk diri sendiri juga=) )

P/S- Copywrite From Amalan surah2 pilihan (Haji Johari Haji Alias)





Semalam kan g Batu Pahat...kan cakap nak tulis entry kan....
Batu Pahat ne terletek di perlis ye...
Kami p Taman Ular...mesti penah dengar kan....antara tempat yg selalu org g....actually nak p tengok pertandingan kucing...tapi....2 hari ja...kami silap hari r...dah habis...tengok banner dia pun jadi r...he3..
so...kami masuk melawat ular2 yang comey kat dalam 2 ajala.....
ne gamba yg aku sempat snap....xbanyak....


ne cik alia....!!nak gak posing...

Gambar aku???he3...tak perlu kot...huhu...pas2....
kami p taman burung..tutup...nak tengok kera2...tutup....so...balik...singgah pantai...makan ABC...nyum3.....

p/s..:tq 2 makngah n pakngah!!


Kita suka berleter....??

~~ASSALAMUALAIKUM~~
Baru balik dari Batu Pahat...buka johor ye..perlis ok...ingat Johor jeke ada Batu Pahat...he3..
Okay...saja nak tulis entry ne setelah melalui perjalanan pergi dan balik...huhu

Betul tak kaum seperti kita ne suka berleter??kaum perempuan....
mesti r kan....mak kita..kawan kita yg perempuan mesti suka berleter.
kalau tak berleter sehari tak sah kan
itu perkara biasa...perempuan ne memang sinonim dengan leteran...
aku pun suka berleter kalau ada yg tak kena...my mom apa lg r...semestinya....!!
Kalau perempuan  tak berleter mesti ada something wrong dan tak seronok kan....mesti nak gak dengar...
Tapi kalau berleter kadang2 tak suka pulak...huhu

Ada kajian mengatakan kira-kira 3,000 responden mengatakan golongan isteri menghabiskan kira-kira 7,920 minit setahun berleter kepada suami mengenai rutin rumah tangga, tabiat minum serta kesihatan mereka. Ini bersamaan dua jam setengah setiap minggu atau keseluruhan 11 jam sebulan atau hampir enam hari setahun. 
Kiranya kita dapat buktikan dengan betul  bagaimana wanita mampu melontarkan sehingga 30,000 kuota simbol dan kata-kata dalam sehari sedangkan lelaki hanya kira-kira 7,000 kuota yang sama. (ini aku ambil kat dalam Berita Harian tahun lepas)..


Wanita ne berleter mungkin kerana dia tidak puas hati tentang sesuatu perkara...kalau mak kita berleter kat kita mesti dia berleter tentang baju kita yg tak basuh lagi...bilik tak kemas...pinggan tak basuh lepas makan...malas kemas rumah...tak buat homework....ha..kan3???
tu tandanya dia nak kita buat...bila kita buat jg rajin sikit..dapat juga meringankan beban mak kan....
dia berleter juga sebab dia syg kat kita...kalau mak 2 mesti r syg kat anaknya...
kalau isteri..dia berleter untuk kepentingan rumah tangganya...maksudnya dia syg kat keluarganya...
berleter juga tanda dia beri peringatan pada kita...mungkin dengan leteran ini akan menyedarkan kita tentang sesuatu perkara....ia juga dapat merubah diri kita...so..thinks positive...:-)
kadang2 perempuan ne berleter sebab marah...so...dia tak puas hati....jadi..dengar ajala...dapat juga dia release marah dia kan..he3....(selalu aku suka buat gine!!)..lalalalan perempuan juga inginkan perhatian...ce fikir kalau kita berleter org dengar....mesti best...seronok....coz dia beri perhatian...dia dengar apa yg kita nak luahkan...(tapi jangan selalu fikir macamne..kadang2 ada yg tak suka dan meluat)...

'Memang sudah lumrah semula jadi wanita yang memiliki paras hormon estrogen berlebihan lalu gemar meluahkan pendapat dan pandangan sehingga dilihat seolah-olah berleter.lg...tujuannya untuk membuktikan kasih sayang kepada pasangan'..Datuk Dr Mohd Fadzilah Kamsah cakap...(ne pun aku copy ye kat satu artikel)...
Ne aku kongsi  pasal Saidina Umar dan leteran isterinya....terjumpa sambil cari info....=)

Nabi Muhammad s.a.w. berdoa, "Ya Allah, kuatkan Islam dengan Umar bin Khattab ataupun Abu Jahal bin Hisyam."

Berkat doa itu, pada tahun 6 Hijrah, Umar bin Khattab menganut Islam. Pada masa itu, beliau berusia 27 tahun. Berita itu menggembirakan umat Islam dan seluruh kafir Quraisy di Mekah.

Pengislaman Umar memberi impak yang cukup besar. Sebagaimana beliau terkenal sebagai seorang yang berani sebelum Islam, begitu juga sifat beliau selepas melafazkan syahadah. Beliau menghunuskan pedang mengisytiharkan keislamannya, malah mencabar sesiapa sahaja yang menentang.

"Sesiapa yang mahu menjadikan ibu mereka kehilangan anak atau anak-anak mereka menjadi yatim dan sanggup melihat isterinya menjadi janda, halang saya! "

Orang kafir hanya mampu berputih mata menyaksiakan Umar tanpa berani berkata apa-apa. Mereka tahu mereka sedang berhadapan dengan siapa.

Sejak Umar memeluk Islam, beliau terus mendampingi Nabi Muhammad s.a.w.. Setiap peperangan menentang musuh Allah, beliau turut serta. Pendapatnya sering diguna pakai oleh Nabi Muhammad s.a.w.. Kelibatnya ditakuti musuh.

Nabi Muhammad s.a.w. berkata, "Saya melihat syaitan dalam kalangan jin dan manusia lari lintang-pukang apabila bertembung dengannya. "

Semasa Umar memegang jawatan pemerintah Islam menggantikan Abu Bakar, seorang lelaki datang ke rumahnya. Lelaki itu berhasrat untuk mengadu berkaitan dengan hal isterinya.

Apabila hampir tiba di rumah Umar, dia tercegat di hadapan pintu rumah pemimpin Islam itu. Dari luar rumah, dapat didengari suara leteran isteri orang ternama itu. Pada masa itu, isteri Umar ialah Ummu Kalsum bin Ali, anak kepada Ali bin Abi Talib. Yang anehnya, suara Umar langsung tidak kedengaran.

"Sekiranya beginilah keadaannya semasa berhadapan dengan leteran isteri sedangkan di luar beliau dikenali sebagai seorang yang berani dan tegas, bagaimana pula saya? " Lelaki itu berfikir sendirian.

Kemudian, dia melangkahkan kaki meninggalkan rumah Umar. Ketika itu, Umar membuka pintu. Lantas beliau menyapa dan bertanya tujuan kedatangan lelaki tersebut.

"Tujuan saya datang ialah untuk mengadu perangai buruk isteri saya yang suka berleter. Tetapi apabila terdengar isteri tuan sedang berleter sedangkan tuan tidak berkata apa-apa, lalu bagaimana pula keadaan saya? " Lelaki itu meluahkan perasaannya.

"Saya bersabar mendengar leterannya kerana beliau ada hak ke atas saya," Umar menjelaskan keadaan.

"Isteri saya memasak, mengadun roti, membasuh pakaian dan menyusukan anak, sedangkan kebanyakan yang dilakukannya itu tidak diwajibkan ke atasnya. "

Lelaki itu mengangguk-anggukkan kepalanya perlahan mendengar penjelasan Umar.

"Isteriku juga menenangkan hatiku daripada melakukan perbuatan haram. Itulah sebabnya saya bersabar dengan leterannya."

"Benar segala apa yang tuan katakan. Isteri saya juga melakukan semua itu," akur lelaki itu.

"Bersabarlah. Leteran mereka hanya sekejap sahaja." Umar menenangkan.

Lelaki itu pulang dengan wajah yang lebih tenang berbanding semasa dia tiba ke rumah pemerintah Islam itu.

p/s...contohi la Saidina Umar...Dia sabar je...sebab dia tahu isteri dia syg pada dia dan berhak berkata begitu....
Kalau orang berleter pada kita benda yg perlu dan bawa kebaikan apa salahnya kita dengar dan fikir baik buruknya...ini dapat merubah kita ke arah yg lebih baik....   
  



Perlu tak???he3

~~ASSALAMUALAIKUM~~


Pernah x korang rasa ada orang terasa ngan korang...Maybe kawan2 ke,family ke.....mesti ada kan...
tapi...bagi aku...dont take it too serius....
Kadang-kadang aku pun cepat je terasa..memang!!aku memang sensitif...he3
pernah tak kawan korang terasa kalo korang xajak dia keluar....
korang keluar ngan kawan2 lain tapi xajak dia..he3...aku pun pernah buat...
tapi....jangan la ambil benda ne serius...maybe kawan korang 2 ada sebab tersendiri...
mungkin dia xnak ajak korang sebab dia takut korang penat ke....kalo kawan korang gler shopping berjam2 macam aku!memang penat ah....
mayb dia just nak berdua je ngan kawan dia...xnak korang ikut....
janganlah cepat terasa....nanti makan diri...
jangan fikir bukan2...
take it as easy....
no hal je kawan aku xajak....mayb dia nak g mana2 ke....so...xajak...
huhu...thinks positif r...
n....kalo kawan korang xtepon korang...xsemestinya dia xingat..mayb dia bz...tambah2 kalo dah sambung study kat u ke...comfirm assigment belambak!so...korang kena r fikir sebab dia..kadang2 dia tepon juga....huhu
kalo aku....aku memang xsuka tepon...msg boleh...he3...(so..pada kawan2 aku....maaf!tapi depa dah kenal...so..depa cool ja)
lg...korang jangan la jelouse kalau kawan2 korang keluar ngan kawan yg lain.... Dont be such as a child...
korang jangan r fikir kawan korang xingat,ada kawan lain...sapala korang ne...dia dah jumpa kawan baru...(selalu budak2 suka fikir macamne...)=)..termasuk aku..masa zaman dulu2.... kawan xkan lupa kawannya walaupun dia xmenunjukkan rasa ambil berat...rasa syg...tapi dia tetap ingat kawan dia...mungkin dia xpandai nak tunjuk semua 2...bukan semua orang pandai nak tunjuk yang dia syg sgt kat kawan dia...sometime...with one incident..baru kita tau kawan kita 2 syg kita...so...Dont judge a book by it cover...xsemestinya kay...
bagi aku...aku sayang kawan2 aku....depa banyak tolong aku...so...kalau aku xcol or xajak ke apa ka..minta maaf...tapi...aku syg gler kat korang! 
so..kawan2 yg xkol or ajak aku pun...aku faham...n aku tau korang syg aku....he3...!!

p/s...: hargailah sahabat anda.....kawan ketawa senang dicari...kawan menangis....susah...kadang2 xda pun...=)




Puisi hati..

~~ASSALAMUALAIKUM~~




Aku tertanya tanya adakah Dia milikku...adakah Dia jodohku yang telah ditetapkan di luh mahfuz...
Tetapi aku tak tahu...
Diakah orang yang bakal menjadi penyeri hidupku...
Membimbing aku ke jalan yang lebih baik...
Memberi hari-hariku bahagia dengan Dia di sisi...
Aku tak tahu...
Adakah Dia boleh menjadi imamku,imam anak-anakku...
Aku juga tak tahu....
Gembirakah Dia apabila denganku....
Dapatkah Dia melaksanakan tanggungjawab yang Allah beri...
Dapatkah Dia menjadi ketua kepada keluarga...
Aku tak tahu...
Layakkah aku untuk Dia...
Bolehkah Dia menerimaku..
Bolehkah Dia menghormati keluargaku...
Bolehkah Dia bersama-sama menjaga keluargaku...
Aku juga tak tahu...
Dapatkah Dia mencintai penciptanya lebih dariku...
Merindui penciptanya lebih dariku..
Mengingati penciptanya lebih dariku...
Mengadu pada penciptanya lebih dariku...
Melebihkan penciptanya lebih dariku...
Tetapi aku tahu...
Dia mampu melakukan semua ini....
Bersabarlah...
Berdoalah pada penciptamu...
Semoga dipermudahkan segala urusan...
Semoga dipertemukan...
Cintailah penciptamu...=)






P/s....sambil tengok tv..
         Tolonglah buat assigment!!!









Malu...

Adakah anda mempunyai sifat malu???
mesti kan...setiap org ada sifat ne...xkira lah lelaki atau perempuan....kalau xda 2...xtau nak kata apa r...
kita tgok hadis ne ye....-------->


'Iza lam tastahyil fasna'a maa shik'ta(shi't)
"Apabila engkau tidak ada perasaan malu maka kerjakanlah apa engkau kehendaki"
(HR : Al-Bukhary dan Muslim)


Huraian : 

Malu adalah salah satu sifat yg terpuji oleh semua masyarakat di dunia.agama islam memuji sifat malu ketika digunakan untuk menjauhi dari maksiat.


Sifat maluboleh hilang nilainya apabila seseorang itu tidak mempedulikan untuk menjaga kemewahannya.Dengan adanya sifat malu seseorang itu menjauhi daripada amalan mungkar di sisi Allah,rasul dan masyarakat.


Tetapi sifat malu itu tidak boleh diamalkan untuk berbuat amalan yg digalakkan oleh syarak dan oleh masyarakat seperti : menghormati para guru,ibu bapa dan orang yg lebih tua.(maksudnya jangan malu untuk melakukan perkara ini)


Hadis ini menjelaskan bahawa siapa yg mempunyai sifat malu dia tidak akan berbuat sesuatu yg tidak wajar dan dilarang agama.


tanpa sifat malu ini, ia akan menjuruskan kepada sifat2 negatif seperti khianat,maksiat,pembohongan,sombong,rasuah dan pelbagai lg perkara2 buruk.


Oleh itu,kita harus bersyukur di atas segala nikmat dan kemewahan yg Allah beri,nescaya Allah akan menambah kebaikan dan rahmat kepada hamba2 nya yg bersyukur....


InsyaAllah...amin...=)


= Permata Hadis 40

A for PMR

~~ASSALAMUALAIKUM~~
 Tadi baca paper...Gud luck pada budak2 yg dapat result baik pya...saja ja nak tulis entry sal ne...almaklumlah...dah dapat result....
tapi result aku lama pya...ha3.....
terbangga juga ah...kan pmr meningkat taun ne...dulu meningkat gak...tapi ne lg meningkat....alhamdulillah...


34,271 pelajar dapat semua A PMR

SEBAHAGIAN daripada 128 pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan King George V bersorak gembira selepas berjaya memperoleh keputusan 8A PMR di Seremban semalam.



PUTRAJAYA - Seramai 34,271 pelajar daripada 441,137 yang menduduki peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) 2011 mendapat gred A dalam semua mata pelajaran berbanding 30,863 pada 2010.
Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Seri Abd. Ghafar Mahmud berkata, pencapaian pada tahun ini meningkat sebanyak 0.75 peratus berbanding tahun lalu.
"Pada keseluruhannya, pencapaian calon PMR tahun 2011 dalam 17 mata pelajaran adalah yang terbaik dalam tempoh empat tahun berdasarkan Gred Purata Nasional (GPN) iaitu 2.71 mata," katanya pada sidang akhbar mengumumkan keputusan PMR 2011 di sini semalam.
Beliau berkata, kementerian itu berterima kasih kepada guru dan pelajar serta semua pihak yang berkenaan atas usaha mereka membantu meningkatkan GPN tahun ini.
Abd. Ghafar berkata, bilangan calon yang mendapat gred E dalam semua mata pelajaran pula menurun daripada 386 orang pada 2010 kepada 346 tahun ini.
Menurut beliau, suatu yang membanggakan adalah pencapai- an calon berkeperluan khas yang menunjukkan peningkatan dengan 12 daripada 1,370 calon mendapat gred A dalam semua mata pelajaran berbanding lima orang pada tahun lalu.
Menyentuh mengenai prestasi mata pelajaran, beliau memberitahu, calon yang mendapat gred A dalam Matematik meningkat kepada 30.2 peratus berbanding 28.9 peratus pada 2010, manakala Sains mencatatkan peningkatan empat peratus.

Ne yg aku copy kosmo td...tetiba teringat balik zaman pmr dulu...alhamdulillah r result aku agak membanggakan...(bangga ka??)huhu....xperlu pun....tapi dulu rasa rajin je nak study...semangat giler...kalau mat 2 memg suka gler buat latihan....
tapi sekarang....dah makin besar ne...malas je....pas dah jd cam matang ne.,..dah fikir macam2..jumpa org macam2...soal hati r apa r...dah jd xserajin dulu...(effect ke benda2 ne????)aku pun dok fikir...huhu....
anyway....congrate pada adik2 yg dapat result yg gempak....Teruskan usaha anda!!!cewah.....



Ini keja kau Sya!!!

~~ASSALAMUALAIKUM~~

Camat petang!!

Hari ni aku xplan nak p mana2 pun....

Pg tadi niatnya nak buat assigment..cari maklumat...
Tapi.............. 
Dari pg tadi aku dok depan lappy ne..mengadap facebook plus blog plus decorate apa yg patut tapi tetap jd macam 2 juga...
Baca blog org sampai r aku post entry ne...sambil tengok cerita MINI tv 3 ne...
Satu pe benda assigment pun xbuat lg....huhu....
Berjam2 dok depan lappy ne bukan sedar pun...tut2...4 jam dah...adeh....ne jela keja kau tiap2 hari pah!(mak aku kata)..
kenapala malas sgt aku ne...huhu...dulu rajin je...(nak sedapkan hati!!)
Sekarang....assigment aku adalah tulis blog...huhu...bila la nak dapat mud betul2 nak buat ne....
(actually sebenarnya xpayah tunggu mud pun...atas diri kita kan...tapi...ne la yg jadinya)
Niat je lebih...he3.....
apa2 pun...Chaiyok2!!
dah nak masuk sem 5 dah....4 assigment to go!!!!(bila nak buat xtau....he3)








Holiday...

~~ASSALAMUALAIKUM~~


Camat pg semua....
Harine baru leh update sal p Langkawi....Langkawi je....huhu

Actually nak pergi mgu depan....tapi...tup2..paklang col...
'pah..nak p langkawi x??paklang nk beli tket..'
apa lg...ok paklang!on je...huhu(dengan elaun yg sudah hbis...terpaksa ma pa sponsor..he3..tq ma pa!!!)
18 org kot...huhu...kawan2 paklang sama...cadangannya nak memancing...tapi.....mancing kat umah ja depa...ha3....

Kami tidoq umah pakjang je...save!!huhu
Dekat ngan hospital langkawi..(dalam hati...kalo dapat hospital ne best gak....jalan kaki tiap2 hari...he3..berangan!!)
ondaway p..lama gler xp kot....tgok keindahan laut...subhanallah..cantik....dapat juga kita tgok kekuasaan Allah....alhamdulillah....

Malam kaklong(tapi muda dr sya ok!) bawa jalan uptown....jalan je pun....
then pg kami kami p underwater..tapi...luar je..he3
pas2 p cabelcar...gler ramai org...cuti kan....nak naik alamatnya 3 jam pun belum tentu boleh...so...jalan2 kat bawah ajala..tgok rusa pun jadila...at least dapt bg makan rusa...he3...

Kalo g sana xberendam xsah...tapi p Pantai Kok je..Cenang xpun....c2 xramai org...so...apa lg...berendam r kami....huhu...----->paklang la driver...(pakjang sponsor keta je...he3)

3hari je...2pun xhabis merantau...---->xsempat g bergambar kat helang 2....dissapointed!!!..kalo x kena tgal feri jawabnya...he3...
3 hari je pun....2pun xhabis jalan..keh3....(dah macam karangan rasanya)gambar di bawah ye!!

xdapat masuk..luar pun jadi r....(kaklong n makcik)
tgok rusa bawah cable car...ha3

kami n maklang...

kami yg gler camera

2 budak cmey..(cmey ke??)

 posing ngan batu lg 2....
inilah makcik n kaklong sya!!!

dok tengok apa pun x tau....

 ce teka ne sapa???huhu


ini aja ye!!nak letak semua cam byak je..hax3...
syukur alhamdulillah..n thanks!!=)





Thanks...!!

Selamat petang!!!

He2....credit to my cenior....------>  thanks for the gift....(for the books..yg dicari xjumpa2 kat cne...item from india n the tudung... Sorry 4 make u trouble....anyway..thanks alot....


May allah blessing u everyday....=)!!!!


p/s - entry sengaja....!!!

No entry!!!! =P

Annyeong Haseyo!!!(korean pulak...)he3

Sunnguh malas terasa nak update blog ne..he3...malas2 pun tulis gak...
tapi xda cita cun2 r nak tulis...
Semua org dah demam ombak rindu...tapi..sy xtengok2 lg filem 2...adeh....baca nvel je....

xtau nak tulis apa...saja nak letak ne...................................................................................................................


Tuhan tolong lembutkan hati dia
Untuk terima ku seadanya
Kerna ku tak sanggup
Kerna ku tak mampu
Hidup tanpa dia di sisi ku

Tuhan aku tahu banyak dosa ku
Hanya ingat Kamu kala duka ku
Namun hanya Kamu yang mampu membuka
Pintu hatinya untuk cintaku

Malam kau bawalah rinduku
Untuk dirinya yang jauh dari ku
Agar dia tidak kesepian
Selalu rasa ada cinta agung

Hujan bawa air mata ku
Yang mengalir membasuh luka ku
Agar dia tahu ku terseksa
Tanpa cinta dia di hatiku

Hanya mampu terserah
Moga cahaya di penanti

Tuhan tolong lembutkan hati dia
Untuk terima ku seadanya

Kerna ku tak sanggup
Kerna ku tak mampu
Hidup tanpa dia di sisi ku


Lirik lagu ombak rindu je pun...ha3....=)



p/s...:To my cenior...im realy sory for that thing....its not the right time now....but.....thanks alot to u...=)
Salam.....

Semoga dalam keadaan baik....=)

Hari ne hangout ngan linda,dayah,azwa.... 2 jala....huhu...nothing 2 do....

malam ne saja baca2 blog..2 jela keja sy...disaat cuti bermula,,,,he3....

so....terbaca entry hamba Allah ini....=)
subhanallah...
terasa...'Ya Allah....aku bersyukur atas segala nikmat yg kau berikan'.....
terasa...'tabahnya dia melalui hari2 dia tanpa ada apa2 kesakitan dan kesusahan....pandainya dia menyembunyikan segala kesakitan..always smile'....
terasa  'kagumnya aku..kalau aku bolehka macam 2??'....

Mungkin Allah pilih dia untuk beri kesusahan kerana Allah tahu dia layak...kita xtau lg bila...mungkin dimasa hadapan..mungkin esok..lusa...dah hari2 selepas ini...kita xtau...segalanya bukan kehendak kita....

''Allah tidak akan membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya''


(Al-Baqarah ayat 286)

Anas r.a. berkata: Nabi saw. bersabda, “Sesungguhnya besarnya pahala itu tergantung pada besarnya cubaan. Sesungguhnya apabila Allah Ta’ala itu mencintai suatu kaum maka Dia mengujinya. Barang siapa yang rela menerimanya, dia mendapat keredhaan Allah, dan barang siapa yang murka, maka dia pun mendapat kemurkaan Allah” (H.R.Tirmidzi)

Maksudnya setiap ujian yg kita lalui ini..biar teruk..biar ringan...senang...susah....sakit..pedih..segalanya DIA dah tahu yg kita mampu melauinya....sebab 2 la DIA merancang ini untuk kita...Allah mempunyai rahsia nya tersendiri kenapa DIA menguji kita....Allah syg pada kita =)

Kita harusla terima kan....=)



-
-
-
-
  -  
>>>>----waktu accident hari 2...sakit...walaupun sikit...tapi sakit....ada juga tertanya..kenapa sy???kenapa Allah jadikan aku yang ada di situ..kenapa aku yg kena....kenapa x org lain....astagfirullah....lemahnya aku...

>>>>---tiap2 hari melalui jalan 2 okay je....tapi kenapa hari ne lain...sebab Allah dah tetapkan...macamna pun Allah dah rancang yg kita akan jadi macam 2...kalo tidak mesti Allah salurkan dalam hati ini agar x lalu jalan 2 kan...=)

>>>>>----tapi...inilah dugaan..kesusahan...sikit ja..mungkin ini buat kita sedar...kita mesti redha...ada org lain yg lebih teruk dugaannya daripada kita....seharusnya kita bersyukur n bersabar...



Kenapa sakit???
sebab sakit 2 boleh menghapuskan dosa....mungkin dengan cara ini kita dapat kurangkan dosa kita..sakit itu ialah nikmat drpada Allah juga....selalu kita sihat..mungkin dengan sakit ni kita dapat menginsafi diri kita n bermunasabah dalam diri....dengan ini kita akan lebih ingat Allah...


Abu Said dan Abu Hurairah r.a. meriwayatkan bahawa Nabi saw. bersabda: 
“Seorang muslim yang ditimpa penderitaan, kegundahan, kesedihan, kesakitan, gangguan, dan kerisauan, bahkan hanya terkena duri sekalipun, semuanya itu merupakan kafarat (penebus) dari dosa-dosanya (H.R. Bukhari dan Muslim)

Mungkin kesan dari sakit ini..ujian ini adalah kesan yg terbaik dalam hidup kita....jadi..kita kenalah sentiasa berdoa padaNYA sebab DIA lah tempat kita mengadu...DIA tahu segalanya..Allah lah tempat kembali atas segala masalah yg membelenggu diri kita...=)



Allah knows better...=)Apa yg ditetapkan itulah yg terbaik....


p/s...ingatan untuk diri sendiri juga..=)

...JeAlouS...

salam......
semoga diberkati selalu...=)
 


emosi: jelus gler ah....

hati : jelus kat sapa pulak...

emosi: kat sapa g..kat dia ah..

hati: napa kau jelus????

emosi: sebab aku syg dia...

hati: perlu ke kau jelus??

emosi: perlu r...aku suka dia

hati : cuba kau fikir baik2...kau jelus apa kau dapat??kau jelus sebab sapa??sapa dia bg kau???

emosi : humm...=(
(akal berfikir)

akal :dia bukan siapa2.....hya hati yg tahu....aku xpatut jelus...sebab dia bukan milik aku...aku bukan milik dia....

hati : kau pasti??

akal : pasti...kami bukan siapa2...aku xperlu jelus apa2....bila aku fikir balik...ini hya meracuni fikiran aku sendiri....aku meracuni diriku...aku xnak membenci..aku takut ia melalaikan diriku....aku xjelus!!...

hati : hya akal yg waras dapat berfikir dengan sempurna..bukan dengan emosi yang boleh membawa kebencian kpd org lain dan meracuni fikiran sendiri...jeluslah pada yg perlu..jangan jelus pada benda yg tidak pasti.....=)

setiap kejadian ada hikmah di sebaliknya..
so thinks positif before do something..maybe its wrong..=)
Allah merencana segalanya...kita hanya merancang...DIA yg tentukan....

Thinks before do.....(peez..=))

p/s...disebabkan kebosanan..ne jela yg sy merapu....=)

bye...bye tudung biru.....

salam.....

hyep!!!how r u??

he3

harine...dengan jayanya bermulalah cuti sem sy..selama sebulan...(lama x??)kejab je rasa....
dah habis sem 4..alhamdulillah....=)..lulus dengan seadanya....he3
n dah habis juga praktikal kat hospital untuk tahun ne...sambung sem depan pulak.....
sangat best rupanya....rasa mcm dah keja...dulu first masuk memg tahap takut ja...pikir mcm2....
tapi bila dah lama...sangat suka..staf semua baik n sporting je....thanks banyak2....ngeeeeeeeee..=)





my batch friend
statement kawan2'boringnya..walaupun cuti baru ja beberapa hari' he3
sy pun dah terasa walaupun baru hari ne start cuti....=)
dulu nak cuti sgt..bila cuti boring lak...(tak bersyukur betul syarifah ne,,,,he3)
any planning????>>>>>---no palnning yet! ades..nak p mana cuti ne.....


kaklong dok suruh p langkawi...tapi..ma cam sibuk ckit..so...insyaAllah r kaklong!!
he3....

so...gudbye sem 4...gudbye tudung biru......



syukur alhamdulillah...thanks to Allah....=)

Mampukah kita???

salam....
semoga dlm keadaan baik....=)

dalam bulan ne banyak benda yg memberi pgajaran pd sy...
bulan2 lain pun ada...tp ne lg terkesan.....

duduk sorang2 ne...terpikir juga...mampu x sy menjaga ibu n bapa sy kalo mrka sakit.....hum.....
bila tengok anak2 menjaga ibu bapa mrka dgan penuh kasih syg....
hati ne rasa takut ja...mampukah sy???macamana kalau sy xmampu???
dari kecil mak n ayah jaga...tapi...anak dia nak jaga dia bolehka???

insyaAllah....kena tanam dalam diri....sy mampu menjaga mak n ayah sy....sy mampu berbakti kepada ayah n mak sy....

Firman Allah (a.w): ' ... Janganlah kamu sembah kecuali Allah (a.w) dan kepada kedua ibu bapa kamu hendaklah kamu berbuat baik (kepada mereka) ...' [Ayat 83, Surah al-Baqarah]

Firman Allah (a.w): ‘Dan Kami (yakni, Allah (a.w)) wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir menyusunya) dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun; (dengan yang demikian) bersyukurlah kepadaKu dan kepada kedua ibubapamu; dan (ingatlah), kepada Akulah jua tempat kembali (untuk menerima balasan).] [Ayat 14, Surah Luqman]

 p/s: ada lg dalam surah2 yg lain...

pokoknya...(indon pulak)..kita mesti berbakti pada ibu bapa kita...sebab..dari kecil sampai besar mereka jaga kita....usaha untuk kita jadi seorang anak yg baik,,,berjaya....semua mreka lakukan....tapi kita....
kadang sy terpikir...'selama hidupku....apa yg telah aku lakukan untuk mak n ayah aku....banyak mana aku telah sakitkan hati mereka..adakah mereka terasa denganku....'

bila pikir balik...macam ada....(so..kena minta maaf...=))..)

bila dengar anak2 yg xhiraukan mak n ayah mereka..sedih juga dengar...tapi mungkin mereka ada masalah sendiri....(minta dijauhkan pada kita..amin...)
tapi...bila dengar ada anak2 yg sangat ambil berat pada mak n ayah mereka...syukur sangat....(dalam hati berdoa..semoga aku dapat menjadi seperti dia yg sangat mengambil berat n sedia menjaga mak n ayah pada setiap waktu..insyaAllah)...
< minggu lepas sy ikut mak melawat sedara yg sedang sakit....bila sakit..semua family balik...alhamdulillah r kan,,,dia xdapat berjalan dah..kiranya just baring ajala..kadang2 dia ingat kadang2 x...sedih ngat...syukur..ada anak yg ada untuk jaga dia....
'ayah nak makan???'
;(ayah dia geleng ja...)'
'makan la...sedap ne...rugi xmakan ne...depa beli tadi..satg habis org len makan..'
'(gelenglg..)
'makan r ayah..cek suap na...sedap...'
'(ayah dia senyum ja n makan juga..)
suka ja tengok...mungkin dia nak anak2 dia ambil berat n jaga dia bila keadaan dia macam 2....>

seorang ibu boleh menjaga seorang anak..tapi 10 orang anak belum tentu boleh menjaga ibubapanya...
selalu kita dengar ayat ne....tapi...kita mesti tukar
seorang ibu boleh menjaga seorang anak...tapi 10 orang anak boleh menjaga ibubapanya dengan lebih baik....=)

kalau kita terpikir tentang apa yg ibubapa kita lakukan pada kita dari kecil sehingga umur kita...sanggup x kita abaikan mereka...subhanallah....banyak sangat pengorbanan mereka...
bila kita nangis mak bangun....kita sakit mak n ayah cari ubat....basuh baju kita..siapkan sarapan...hantar ke sekolah....pergi kerja....apa kita nak mereka beli....macam2 yg mereka lakukan untuk gembirakan hati kita....



Sabda rasulullah s.a.w yang maksudnya: “ Redha Allah bergantung pada redha dua ibu bapa, dan murka Allah bergantung pada murka kedua-dua ibu bapa.” (hadis riwayat al-Tabrani)

Semoga kita dapat berbakti kepada ibu bapa kita...semoga Allah tetapkan hati kita agar tidak menderhakai ibu bapa....=)

lagu your mother....=)
Who should I give my love to?
My respect and my honor to
Who should I pay good mind to?
After Allah
And Rasulullah

Comes your mother
Who next? Your mother
Who next? Your mother
And then your father
Cause who used to hold you
And clean you and clothes you
Who used to feed you?
And always be with you
When you were sick
Stay up all night
Holding you tight
That?s right no other
My mother

Who should I take good care of?
Giving all my love
Who should I think most of?
After Allah
And Rasulullah
Comes your mother
Who next? Your mother
Who next? Your mother
And then your father
Cause who used to hear you
Before you could talk
Who used to hold you?
Before you could walk
And when you fell who picked you up
Clean your cut
No one but your mother
My mother

Who should I say why close to?
Listen most to
Never say no to
After Allah
And Rasulullah
Comes your mother
Who next? Your mother
Who next? Your mother
And then your father
Cause who used to hug you
And buy you new clothes
Calm your head
And blow your nose
And when you cry
Who wiped your tears?
Knows your fears
Who really cares?
My mother

Say Alhamdulillah
Thank you Allah
Thank you Allah
For my mother.  

Rasulullah SAW pernah bersabda :

" setiap pagi sedekahkan al-fatihah kepada kedua ibu bapamu..
( tak kira masih hidup atau telah tiada )"
nescaya pintu rezekimu akan terbuka buat kamu...
” Tidak akan terputus rezeki seseorang ANAK selagi dia tidak meninggalkan doa kepada kedua orang tua nya dalam sehari” (Hadith nabi SAW)


Maksudnya: Ya Allah, ampunilah segala dosaku, dan (dosa) kedua ibubapaku, dan rahmatilah keduanya sepertimana mereka mendidikku pada waktu kecil.

p/s....seminggu 2 minggu ne selalu ikut mak p ziarah org sakit...tetiba nak tulis entry ginie...he3...
Semoga menjadi anak yg soleh dan solehaH...amin...

.....

Hadirnya tanpa kusedari
Menggamit kasih cinta bersemi
Hadir cinta insan padaku ini
Anugerah kurniaan Ilahi

Lembut tutur bicaranya
Menarik hatiku untuk mendekatinya
Kesopanannya memikat di hati
Mendamaikan jiwaku yang resah ini

Ya Allah
Jika dia benar untukku
Dekatkanlah hatinya dengan hatiku
Jika dia bukan milikku
Damaikanlah hatiku
Dengan ketentuan-Mu

Dialah permata yang dicari
Selama ini baru kutemui
Tapi ku tak pasti rencana Ilahi
Apakah dia kan kumiliki
Tidak sekali dinodai nafsu
Akan kubatasi dengan syariat-Mu
Jika dirinya bukan untukku
Redha hatiku dengan ketentuan-Mu

Ya Allah
Engkaulah tempat kubergantung harapanku
Kuharap diriku sentiasa di bawah rahmat-Mu

result oh result...............

salam......
'bila la result nak kuar????'

'dah kuar r...try kol puan'
uwa..........tetiba aq rasa cuak.....


kali pertama....:tut..tut..tut....
kali kedua...tut.tut..tut...
kali ketiga....:tut....assalamualaikum ye...
'wasalam..puan..sharifah ne...nak tau result...huhu'
'okay...result awak 3.46...pngk .....ok puan .....'
'naik ke turun????'
'turun puan....(dengan muka cdeh...)
'xpa...sem depan cuba lg..'
'ma kaceh puan..'

huhu...selamat satu hal...pasal benda ne ja cuak gler....aq rasa sangat lega...
walaupun result xmacam sem lepas...tapi alhamdulillah lulus....
mungkin belum cukup usaha untuk dapat result yg gempak....
setara r ngan usaha yg aq wat....study pun xla sgat...he3...=)

adakah aq kecewa????
hum...nak kata kecewa ada r sikit..tapi aq bersyukur sgt...aq lulus...!!
ALLAH know better...ini usaha aq...dan setakat inilah aq dapat....he3...setiap apa yg kita dapat adalah yg terbaik untuk kita....

tapi...tahniah pada kawan2 yg 4flat...!!=)
sem depan kena struggle banyak lg r....
usaha lg...GAMBATE!!!
he3....
semoga Allah permudahkan urusan dan tetapkan hati supaya lebih rajin dan kuat....=)

go..!go..!.Sharifah!!!


amin......


no title....

salam........................

sudah berkurun lamanya aq x menulis kat entry ne.......
xsempat doh......
macam2 benda aq wat,lihat,n hadapi sepanjang beberapa bulan ne....
tup2 dah nak abeh praktikal aq
n dah 6 bulan aq kat perlis ne...kat umah n kampung tercinta...............
aq ne xpandai nak tulis2 ne....xtau nak tulis apa
benda ne sekadar nak hilangkan boring ja walaupun xda sapa baca....he4

tadi aq g kenduri kawen kawan aq merangkap sedara aq.....
kawen juga dia.....umur sama o...20...............
rasa bersyukur ngat bila tgok org lain kawen...alhamdulillah Allah dah temukan jodoh dia.....
kita ja xtau bila......belum masanya lagi...................
cmey tgok pengantin atas pelamin..sejuk ati........he3
semoga hubungan mereka berkekalan n sentiasa diredhai Allah..................:-)

my target!

salam......................

semoga target bulan ne terjadi r...he3
assigment xciap lg ne.
adeh..malas sungguh sharifah ne..!!

sebelum masuk lab mikrob selepas raya ne.....kena ciapkan juga...wa.........................

TARGET MUST DO!!
Assigment renal n hormon!
report amali!
lengkapkan buku log!
study!

CAIYOK2 SHARIFAH!!
****PERMUDAHKAN LAH URUSANKU YAALLAH...AMEN...!!
 

cuti...

harine cuti.....dah lama rasanya x menulis kan,,,,
xsempat pulak...huhu
pejam celik dah sebulan lebih berpraktikal...setakat ne ok r,,,,,mula2 dulu takut sangat,,,,hum
tapi sekarang dah rapat ngan staf....diorang pun bej jek!
so............ok r......
dah masuk bulan puasa pun
dah dekat nak raya dah
alhamdulillah......
tahun ne berpuasa n beraya di umah,,,,,,,,,,,
2 yg best!yea!
sabtu ahad je cuti,,,dah macm keja lak...hek2.....macam xpuas je.
apa yg awak buat sharifah????
he3
xtaula.....
hum.......

praktikal....

salam....
yuhuuuuu!!!
hari ne dah 3 hari aq start praktikal as a pelatih juruteknologi makmal  perubatan....huhu
sebelum g 2 memg aq gelabah gler r....dahla sorg2 pompuan sem4...aq n den ja sem 4....
hum....first day masuk 2 dengar taklimat dulu..LP kami nama en.halim....
ok r..mcm sporting je...janji kita xwat salah...
then..dalam 2 bulan ne kena masuk lab biokimia..huhu..
first day kena dok kat kaunter...byak spesimen...
lenguh kaki..he3..merungut lak....nama pun hospital....
third day iaitu hari ini dah separate ngan den...aq kena g drug..dia kaunter...
byak benda yg xtau..kena study g ne!!
huhu.........................
ramai staf kat sana ex student imr..so..ok r...
diorang cam sporting r...xda r tegas sgat...kira cam enjoy gak ah....
so...semoga aq dapat bertahan selama setahun ini,,,,
semoga dapat bertahan selama setahun ne,,,,amin..
GAMBATE SHARIFAH!!!!

girls out...

salam..

harine baru leh buka blog...huhu....
semalam keluar gathering ngan kawan2...best...bcoz dah lama tak jumpa kan...
bersama cikton,irah,wadah,linda n dayah...irah la drivernya....
dah alang2 irah cuti kan....:-)

planningnya nak g men bowling je...
dah sampai kangar 2 punya r pelik kenapa ramai sangat org hari 2...bank full!
parking lak penuh..2 3 kali kitaorang pusing cari parking....xjumpa2...
akhirnya ada r keta keluar..huhu..naseb!

g bowling lak penuh...alamatnya 1 jam kitaorg tgu.....
tetiba ada tournament bebudah uitm..aduh!rasa mcm silap hari kami g,,,huhu
malu siot!aq ah pling malu coz longkang memanjang....sebelah2 srike je ...he3...
tapi ok ah gak...huhu...
then...irah bawa balik kot kuala perlis..singgah r kami makan sate kat tepi pantai dulu...
sambil menyedut udara pantai...nyaman je.....tgok hari dah malam..tp.....xda hati nk blik lg...

then...wadah kata'kita singgah expo nak???'..irah pun on ja....
singgah r jalan2..pusing2..tgok pe yg boleh beli....bolehla...mcm2 ada...
tgok2 jam dh sepuluh lebih...komfem kena balik ne....
so...sampai la rumah kol 10.40pm...
alhamdulillah....best sangat...tq friend!!!
ukhwah fillah abadan abada...


wadah..irah..linda..
 we 2 bestfriend...

dah abeh men baru sempat bergambar..he3




sedap...nyum3...