~~MATI OTAK~~

Entry ne kesihatan sikit ye..he3..--->tetiba ja nak kongsi...
yg dah tau tak apa la...yg tak tau boleh la baca...huhu...




Mesti korang pelik apa kaitan entry ne dengan otak yg berjalan kat atas ne kan....
huhu...actually sya just nak share tentang keadaan mati otak ja....
-
-
-
-
Mati otak ialah keadaan tiada pengedaran darah dan oksigen ke otak yg menyebabkan keseluruhan otak tidak lg berfungsi.Kehilangan fungsi otak ini tidak boleh dipulihkan.

Keadaan yg menyebabkan--->
  Bagi segelintir pesakit,kematian otak boleh terjadi dahulu sebelum denyutan jantung mereka berhenti.Ini mungkin terjadi apabila pesakit itu mengalami koma akibat keadaan2 seperti yang dinyatakan berikut dan telah mendapat rawatan bantuan pernafasan mesin(ventilator) seperti di unit rawatan rapi : 



Kecederaan otak yg menyebabkan bengkak otak atau pendarahan dalam kepala yg teruk
Pendarahan otak yg teruk secara spontan oleh kerana urat saluran darah ke otak yg terputus akibat darah tinggi atau saluran darah yg tidak normal (Arterio-venous malformation atau AVM)--so...elakkan jangan bg darah tinggi sgt!!huhu
Otak bengkak yg teruk oleh kerana jangkitan kuman atau virus (encephalitis) ataupun ketumbuhan seperti barah otak 
Strok teruk yg melibatkan seluruh otak kerana saluran darah yg tersekat oleh darah beku


Seseorang yg mati otak tidak akan bernafas.Kematian otak akan disusuli dengan kerosakan organ2 dan anggota tubuh badan yg lain. Bantuan pernafasan menggunakan mesin pernafasan dan sokongan ubatan boleh melengahkan pemberhentian denyutan jantung buat seketika.Walau bagaimanapun denyutan jantung akan berhenti juga akhirnya walau sebanyak mana sokongan yg diberi.Apabila seseorang itu disahkan mati otak,dengan segeranya dia telah pun meninggal dunia..


Bagaimana nak sahkan seseorang tu mati otak?
Mati otak adalah satu cara untuk mengesahkan seseorang itu telah mati. Pengesahan mati otak dibuat oleh 2 org doktor pakar yg tiada kaitan dengan pemindahan organ setelah ujian2 tertentu dijalankan ke atas pesakit.Ujian ini dilakukan 2 kali setelah beberapa jam pemerhatian untuk menentukan tidak ada perbezaan yg dilihat.



Notatanganku---> kalau nak buat perdermaan organ org tu mesti disahkan mati otak dahulu baru la leh teruskan prosedur....huhu

So...ne ja perkongsian hari ini...=)


No comments :