Kita suka berleter....??

~~ASSALAMUALAIKUM~~
Baru balik dari Batu Pahat...buka johor ye..perlis ok...ingat Johor jeke ada Batu Pahat...he3..
Okay...saja nak tulis entry ne setelah melalui perjalanan pergi dan balik...huhu

Betul tak kaum seperti kita ne suka berleter??kaum perempuan....
mesti r kan....mak kita..kawan kita yg perempuan mesti suka berleter.
kalau tak berleter sehari tak sah kan
itu perkara biasa...perempuan ne memang sinonim dengan leteran...
aku pun suka berleter kalau ada yg tak kena...my mom apa lg r...semestinya....!!
Kalau perempuan  tak berleter mesti ada something wrong dan tak seronok kan....mesti nak gak dengar...
Tapi kalau berleter kadang2 tak suka pulak...huhu

Ada kajian mengatakan kira-kira 3,000 responden mengatakan golongan isteri menghabiskan kira-kira 7,920 minit setahun berleter kepada suami mengenai rutin rumah tangga, tabiat minum serta kesihatan mereka. Ini bersamaan dua jam setengah setiap minggu atau keseluruhan 11 jam sebulan atau hampir enam hari setahun. 
Kiranya kita dapat buktikan dengan betul  bagaimana wanita mampu melontarkan sehingga 30,000 kuota simbol dan kata-kata dalam sehari sedangkan lelaki hanya kira-kira 7,000 kuota yang sama. (ini aku ambil kat dalam Berita Harian tahun lepas)..


Wanita ne berleter mungkin kerana dia tidak puas hati tentang sesuatu perkara...kalau mak kita berleter kat kita mesti dia berleter tentang baju kita yg tak basuh lagi...bilik tak kemas...pinggan tak basuh lepas makan...malas kemas rumah...tak buat homework....ha..kan3???
tu tandanya dia nak kita buat...bila kita buat jg rajin sikit..dapat juga meringankan beban mak kan....
dia berleter juga sebab dia syg kat kita...kalau mak 2 mesti r syg kat anaknya...
kalau isteri..dia berleter untuk kepentingan rumah tangganya...maksudnya dia syg kat keluarganya...
berleter juga tanda dia beri peringatan pada kita...mungkin dengan leteran ini akan menyedarkan kita tentang sesuatu perkara....ia juga dapat merubah diri kita...so..thinks positive...:-)
kadang2 perempuan ne berleter sebab marah...so...dia tak puas hati....jadi..dengar ajala...dapat juga dia release marah dia kan..he3....(selalu aku suka buat gine!!)..lalalalan perempuan juga inginkan perhatian...ce fikir kalau kita berleter org dengar....mesti best...seronok....coz dia beri perhatian...dia dengar apa yg kita nak luahkan...(tapi jangan selalu fikir macamne..kadang2 ada yg tak suka dan meluat)...

'Memang sudah lumrah semula jadi wanita yang memiliki paras hormon estrogen berlebihan lalu gemar meluahkan pendapat dan pandangan sehingga dilihat seolah-olah berleter.lg...tujuannya untuk membuktikan kasih sayang kepada pasangan'..Datuk Dr Mohd Fadzilah Kamsah cakap...(ne pun aku copy ye kat satu artikel)...
Ne aku kongsi  pasal Saidina Umar dan leteran isterinya....terjumpa sambil cari info....=)

Nabi Muhammad s.a.w. berdoa, "Ya Allah, kuatkan Islam dengan Umar bin Khattab ataupun Abu Jahal bin Hisyam."

Berkat doa itu, pada tahun 6 Hijrah, Umar bin Khattab menganut Islam. Pada masa itu, beliau berusia 27 tahun. Berita itu menggembirakan umat Islam dan seluruh kafir Quraisy di Mekah.

Pengislaman Umar memberi impak yang cukup besar. Sebagaimana beliau terkenal sebagai seorang yang berani sebelum Islam, begitu juga sifat beliau selepas melafazkan syahadah. Beliau menghunuskan pedang mengisytiharkan keislamannya, malah mencabar sesiapa sahaja yang menentang.

"Sesiapa yang mahu menjadikan ibu mereka kehilangan anak atau anak-anak mereka menjadi yatim dan sanggup melihat isterinya menjadi janda, halang saya! "

Orang kafir hanya mampu berputih mata menyaksiakan Umar tanpa berani berkata apa-apa. Mereka tahu mereka sedang berhadapan dengan siapa.

Sejak Umar memeluk Islam, beliau terus mendampingi Nabi Muhammad s.a.w.. Setiap peperangan menentang musuh Allah, beliau turut serta. Pendapatnya sering diguna pakai oleh Nabi Muhammad s.a.w.. Kelibatnya ditakuti musuh.

Nabi Muhammad s.a.w. berkata, "Saya melihat syaitan dalam kalangan jin dan manusia lari lintang-pukang apabila bertembung dengannya. "

Semasa Umar memegang jawatan pemerintah Islam menggantikan Abu Bakar, seorang lelaki datang ke rumahnya. Lelaki itu berhasrat untuk mengadu berkaitan dengan hal isterinya.

Apabila hampir tiba di rumah Umar, dia tercegat di hadapan pintu rumah pemimpin Islam itu. Dari luar rumah, dapat didengari suara leteran isteri orang ternama itu. Pada masa itu, isteri Umar ialah Ummu Kalsum bin Ali, anak kepada Ali bin Abi Talib. Yang anehnya, suara Umar langsung tidak kedengaran.

"Sekiranya beginilah keadaannya semasa berhadapan dengan leteran isteri sedangkan di luar beliau dikenali sebagai seorang yang berani dan tegas, bagaimana pula saya? " Lelaki itu berfikir sendirian.

Kemudian, dia melangkahkan kaki meninggalkan rumah Umar. Ketika itu, Umar membuka pintu. Lantas beliau menyapa dan bertanya tujuan kedatangan lelaki tersebut.

"Tujuan saya datang ialah untuk mengadu perangai buruk isteri saya yang suka berleter. Tetapi apabila terdengar isteri tuan sedang berleter sedangkan tuan tidak berkata apa-apa, lalu bagaimana pula keadaan saya? " Lelaki itu meluahkan perasaannya.

"Saya bersabar mendengar leterannya kerana beliau ada hak ke atas saya," Umar menjelaskan keadaan.

"Isteri saya memasak, mengadun roti, membasuh pakaian dan menyusukan anak, sedangkan kebanyakan yang dilakukannya itu tidak diwajibkan ke atasnya. "

Lelaki itu mengangguk-anggukkan kepalanya perlahan mendengar penjelasan Umar.

"Isteriku juga menenangkan hatiku daripada melakukan perbuatan haram. Itulah sebabnya saya bersabar dengan leterannya."

"Benar segala apa yang tuan katakan. Isteri saya juga melakukan semua itu," akur lelaki itu.

"Bersabarlah. Leteran mereka hanya sekejap sahaja." Umar menenangkan.

Lelaki itu pulang dengan wajah yang lebih tenang berbanding semasa dia tiba ke rumah pemerintah Islam itu.

p/s...contohi la Saidina Umar...Dia sabar je...sebab dia tahu isteri dia syg pada dia dan berhak berkata begitu....
Kalau orang berleter pada kita benda yg perlu dan bawa kebaikan apa salahnya kita dengar dan fikir baik buruknya...ini dapat merubah kita ke arah yg lebih baik....   
  



2 comments :

JR said...

Berleter membina, apa salahnya kan?

Tajuk entri terbaru di blog JR: "Terkini Safee Sali: I'm Still Loving You, Pelita Jaya!!"

Anasyaurah said...

betul2...kalo berleter membina xda masalah...=)